Posts

Showing posts from 2013

Profile Dato Dr Hj Sarimah Ahmad

Image
Latarbelakang Ringkas & Profile Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad merupakan seorang pelakon yang terkenal dalam industri filem dan drama Malaysia dan dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang. Beliau berusia 19 tahun apabila muncul dalam filem pertamanya, Ali Baba Bujang Lapok dalam tahun 1961. Filem tersebut telah meningkatkan popularitinya dan gabungan kebolehan lakonan, keayuan serta keanggunannya telah menjadikan Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad sebagai ikon filem Melayu, terutamanya pada zaman kegemilangan industri tersebut di Studio Jalan Ampas, Singapura. Salah satu filem yang dibintanginya, Ibu Mertuaku, telah memenangi anugerah Fotografi Hitam dan Biasa Terbaik di Festival Filem Asia Ke-10 pada tahun 1963 dan pada tahun 1981 beliau telah menerima anugerah Pelakon Terbaik melalui filem Dia Ibuku di Festival Filem Malaysia Kedua. Di antara pencapaian beliau yang lain termasuk : • Anugerah Selendang Kehormat Tertinggi Pertubuhan Seni Sil

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Image
BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL BUKAN mudah untuk memujuk primadona ini berkongsi kedukaan yang sudah lama bersarang di lubuk jiwanya. Alasan yang diberikan, dia enggan penderitaan yang dilaluinya akan mudah menarik simpati ramai. Selama ini pun, apa saja pandangan buruk yang tidak dibahaskan masyarakat mengenai lara yang dilalui oleh golongan anak seni sepertinya dan kerana itu kali ini, seniwati unggulan, Datuk Sarimah Ahmad lebih senang berdiam diri. Namun, kehendak Hits yang tidak pernah henti memujuknya untuk tampil di media berkongsi cerita mengenai penyakit kanser yang dihidapinya mencairkan hati beliau. Pertemuan diatur di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor (berdekatan dengan kediamannya) untuk diinterbiu baru-baru ini. Kejelitaan seniwati yang mula menempa kemasyhuran di era studio perfileman hitam putih di Jalan Ampas masih belum luntur. Dia hadir dengan imej yang cukup sederhana, bertudung hitam putih dan berkain serta blaus panjang hitam. Aktres Sarimah atau leb

Diet Untuk Elak Kanser

Image
Diet Untuk Elak Kanser Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.  Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.  Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.  Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.  Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.  Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.  Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.  Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.  Elakkan men

Apa itu stemsel dan bagaimana ia bekerja

Image
Khasiat Dan Kebaikan Stem Cell Telah Terbukti Setakat Ini Bahawa Produk Kesihatan Berasaskan Teknologi Apple Stem Cell Dari Switzerland Ini Banyak Membantu Ramai Pengguna Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta Membantu Merawat Penyakit. Secara Ringkasnya Produk PhytoCell l Adalah Dirumus Khusus Untuk Anda Yang Amat Mementingkan Penjagaan Kecantikan Dan Kesihatan Diri. Ia berupaya Membantu Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta Merawat Penyakit Disamping Mengekalkan Keremajaan Kulit Dengan Melambatkan Penuaan. Swiss PhytoCellTec™ MalusDomestica (Sel Stem Epal) ini akan mengaktifkan semula sel-sel pada seluruh tubuh badan agar sentiasa cergas dan bertenaga menjalani aktiviti harian. Ia sesuai untuk lelaki dan perempuan. Lihat bagaimana stem sel yang di ambil dari buah apel ini bekerja dan menggalakkan penubuhan dan penggantian sel baru. Untuk produk sarimah signature series, double ozon di tambahkan dimana ia akan membantu mempercepatkan serapan dan tindakan dlm tubuh. PhytoCellTec ™ MalusDome

Apakah itu Kanser

Image
Kanser- Apa itu kanser dan tumor Definisi kanser. Penyakit kanser berkait rapat dengan unit-unit sel badan. Setiap masa berlaku penggantian sel-sel baru kerana proses sel tua atau kecederaan. Badan anda membuat sel yang mencukupi dan membina sel yang sama jenis. Kadang kala sel-sel baru ini membahagi tanpa henti. Sel-sel tambahan ini adalah tidak normal. Sel-sel ini akan membentuk satu tumbuhan tisu yang dipanggil tumor. Tisu tumor ini akan mengepit sel-sel normal sekitarnya dan mengambil makanan daripadanya. Tumor ini boleh menjadi kanser. Tumor malignan atau benigna. Tumor boleh jadi tumor benigna atau malignan. Tumor benigna masih boleh menimbulkan masalah jika tumbuh di dalam otak kawasan yang tertutup. Kanser atau tumor malignan merebak dan memusnahkan sel-sel sekitaran dan merebak jauh ke bahagian badan lain. Barah merebak ke organ-organ lain. Ketumbuhan malignan terdiri dari sel-sel barah. Sel-sel kanser ini akan merebak ke tempat –tempat lain menerusi aliran darah at

Kanser Usus

Image
Kanser Usus | Penawar Kanser Usus kanser usus Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Tanda-tanda kanser usus Anda harus berjumpa dengan doktor jika anda tanda-tanda seperti berikut: Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa. Berasa tidak puas selepas membuang air besar. Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan. Berat badan turun mendadak. Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Keupayaan diserang kanser usus Risiko anda semakin tingg

Tiroid

Image
Merawat Penyakit tiroid | Vitamin B17 Penyakit kelenjar tiroid Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah: Perempuan Genetik Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain Usia lebih 60 tahun Merokok Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama: Hipertiroidisme / Tirotoksikosis Hipotiroidisme Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah : Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme: Bengkak di leher Cirit birit Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar Gementar dan gelisah, ter

Kanser Hidung

Image
Apa itu kanser pangkal hidung Kanser pangkal hidung adalah kanser yang terletak jauh dibelakang rongga hidung. Kanser ini adalah antara kanser yang sepuluh tertinggi dikalangan rakyat malaysia selain dari kanser payu dara, kanser pangkal rahim dan kanser usus. Mengikut statistik kaum Cina adalah kaum yang paling ramai mengalaminya diikuti kaum Melayu. Manakala kaum India jarang-jarang ditemui mengalami penyakit ini. Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini? Faktor penyebab penyakit ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah faktor keturunan, jangkitan virus EBV (Epstein Bar Virus), pengambilan makanan yang diawet dengan kerap seperti ikan masin dll. Tanda–tanda penyakit Pesakit yang mengalami masalah ini biasanya terdapat beberapa tanda. Antaranya adalah hidung tersumbat, perdarahan hidung atau kesan darah pada air liur di waktu pagi, kurang pendengaran pada sebelah telinga, telinga berdesing, terdapat bengkak yang tidak sakit pada leher dan penglihatan kabur ata

Gout

Image
Penyakit Gout Tanda, Rawatan Dan Cara Pencegahannya... Ini adalah satu lagi jenis penyakit yang amat membimbangkan kita... kalau dah dia hinggap tu memang susah lah nak sembuh... Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Tanda2 Gout 1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. 2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. 3.Serangan sela

Kanser Prostat

Image
Kanser Prostat Menurut Institut Kanser Kebangsaan,kanser prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula. Kanser prostat biasanya akan dihidapi oleh lelaki yang berusia 65 tahun ke atas. Menurut Institut Kanser Kenagsaan,di Amerika Syarikat sahaja,dijangkakan akan ada sekitar 192.280 kes baru kanser prostat pada tahun 2009.Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)pula,kanser prostat adalah kanser yang kelima paling kerap menyerang lelaki di seluruh dunia. Prostat adalah kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak di bawah pundi kencing dan di depan rektum.Saiznya adalah seukuran dengan kelenjar tiroid yang tertutup oleh lapisan luar tisu.Ia juga dikelilingi bahagian pertama dari urethra,iaitu saluran tempat air kecing dikeluarkan dari tubuh. Kelenjar prostat biasanya akan membesar sebagaima

Kanser Ovari

Image
Kanser Ovari Pengenalan Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40-an ke atas dan memuncak di kalangan umur 55 ke 60 tahun. Kebanyakan kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).Kanser ovari lambat dapat dikesan kerana kedudukan organ itu yang letaknya jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim). Ini menjadikan proses saringan (screening) tidak dapat dilakukan. Kanser ovari cenderung berlaku kepada wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang menghidapi kanser tersebut. Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos serta wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan). Selain daripada itu wanita yang hamil pada usia

Kanser Payu Dara

Image
Apa Itu Kanser Payudara? Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus. Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. Tahap Kanser Payudara Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis

5 Jenis Makanan Penyebab Kanser Payudara

Image
Pada dekad pertama abad ke-21, para penyelidik mendapati adanya hubungan antara jenis makanan dengan kanser payudara. Jenis makanan / minuman tertentu seperti daging, lemak, alkohol, kafein, dan produk soya disebut-sebut sebagai jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser payudara. Sesetengah pakar sepakat bahawa kanser payudara seperti juga jenis kanser yang lain disebabkan oleh faktor gaya hidup yang tidak sihat, termasuk di dalamnya adalah mengambil makanan-makanan yang sukar dicerna tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak biasa. Tapi walaupun demikian, para penyelidik juga menyatakan bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara. Oleh karenanya para wanita disyorkan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan mengelakkan atau mengurangkan mengambil makanan-makanan yang boleh mencetuskan kanser payudara. Berikut ini beberapa jenis makanan penyebab kanser payudara sebagaimana dikutip dari American Cancer Society. Ara