Diet Untuk Elak Kanser
Diet Untuk Elak Kanser
- Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.
- Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
- Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.
- Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
- Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.
- Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.
- Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.
- Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
- Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.
- Jangan makan makanan yang telah berkulat.
- Kurangkan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.
- Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak dari biji aprikot. Begitu juga dengan marjerin.
- Makan makanan yang banyak kandungan B17
Rancangan pemakanan yang disarankan:
- Kulit ayam/itik mesti dibuang.
- Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan mentah.
- Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
- Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
- Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.
- Beli sayuran organik jika mudah didapati.
- Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
- Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
- Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
- Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
- Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.
- Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan vitamin, mineral, antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser.
- Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.
- Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
- Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled.
Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:
Redha atau menerima dugaan yang mendatang dengan lapang hati adalah penting. Jika tidak kita akan terus menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan atau dugaan yang menimpa. Sebenarnya Tuhan menguji kekuatan iman atau faith kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpama tamparan maut, buat yang lain ia umpama tamparan iman. Ada yang menganggap kanser ini bala dan beban, ada yang menganggap kanser ini rahmat pula.
Sebagai insan berugama, kita tidak boleh menyangkal bahawa kuasa Tuhan mengatasi penyelidikan sains dan perubatan. Sebenarnya, itu hakNya untuk menguji kita hamba-hambaNya. Dan menjadi hakNya juga untuk memilih siapa antara kita yang akan menerima dugaan berat ini. Ini menjadi Qadar dan Qada’ buat setiap manusia. Qadar adalah ketentuan Ilahi buat hambaNya baik perkara baik atau buruk. Manakala Qada’ adalah perlaksanaan bagi ketentuan tersebut. Kita wajib percaya bahawa Tuhan sudah menetapkan apa yang bakal kita tempuhi.
Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak boleh hidup jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan oksigen dalam darah
Ambilkira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau, atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman serta kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam badan kita. Merokok dan berada disamping orang yang kuat merokok juga bukanlah faktor istirehat yang dimaksudkan di sini.
Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif juga menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan. Sering berfikiran negatif(berfikiran/anggapan buruk pada orang, dengki, busuk hati, berdendam) juga menyebabkan asid di dalam badan meningkat tinggi. Semakin tinggi kadar asid di dalam badan, semakin suka kanser kerana ianya makanan tambahan untuknya membesar dengan cepat.
Sebaiknya, pilihlah untuk lebih jarang marah-marah. Memilih untuk lebih memaafkan juga mengurangkan kadar asid di dalam badan. Ianya juga membentuk peribadi seseorang yang lebih baik.
Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar, tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan.