Posts

Showing posts from April, 2013

Apa itu stemsel dan bagaimana ia bekerja

Image
Khasiat Dan Kebaikan Stem Cell Telah Terbukti Setakat Ini Bahawa Produk Kesihatan Berasaskan Teknologi Apple Stem Cell Dari Switzerland Ini Banyak Membantu Ramai Pengguna Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta Membantu Merawat Penyakit. Secara Ringkasnya Produk PhytoCell l Adalah Dirumus Khusus Untuk Anda Yang Amat Mementingkan Penjagaan Kecantikan Dan Kesihatan Diri. Ia berupaya Membantu Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta Merawat Penyakit Disamping Mengekalkan Keremajaan Kulit Dengan Melambatkan Penuaan. Swiss PhytoCellTec™ MalusDomestica (Sel Stem Epal) ini akan mengaktifkan semula sel-sel pada seluruh tubuh badan agar sentiasa cergas dan bertenaga menjalani aktiviti harian. Ia sesuai untuk lelaki dan perempuan. Lihat bagaimana stem sel yang di ambil dari buah apel ini bekerja dan menggalakkan penubuhan dan penggantian sel baru. Untuk produk sarimah signature series, double ozon di tambahkan dimana ia akan membantu mempercepatkan serapan dan tindakan dlm tubuh. PhytoCellTec ™ MalusDome

Apakah itu Kanser

Image
Kanser- Apa itu kanser dan tumor Definisi kanser. Penyakit kanser berkait rapat dengan unit-unit sel badan. Setiap masa berlaku penggantian sel-sel baru kerana proses sel tua atau kecederaan. Badan anda membuat sel yang mencukupi dan membina sel yang sama jenis. Kadang kala sel-sel baru ini membahagi tanpa henti. Sel-sel tambahan ini adalah tidak normal. Sel-sel ini akan membentuk satu tumbuhan tisu yang dipanggil tumor. Tisu tumor ini akan mengepit sel-sel normal sekitarnya dan mengambil makanan daripadanya. Tumor ini boleh menjadi kanser. Tumor malignan atau benigna. Tumor boleh jadi tumor benigna atau malignan. Tumor benigna masih boleh menimbulkan masalah jika tumbuh di dalam otak kawasan yang tertutup. Kanser atau tumor malignan merebak dan memusnahkan sel-sel sekitaran dan merebak jauh ke bahagian badan lain. Barah merebak ke organ-organ lain. Ketumbuhan malignan terdiri dari sel-sel barah. Sel-sel kanser ini akan merebak ke tempat –tempat lain menerusi aliran darah at

Kanser Usus

Image
Kanser Usus | Penawar Kanser Usus kanser usus Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Tanda-tanda kanser usus Anda harus berjumpa dengan doktor jika anda tanda-tanda seperti berikut: Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa. Berasa tidak puas selepas membuang air besar. Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan. Berat badan turun mendadak. Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Keupayaan diserang kanser usus Risiko anda semakin tingg

Tiroid

Image
Merawat Penyakit tiroid | Vitamin B17 Penyakit kelenjar tiroid Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah: Perempuan Genetik Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain Usia lebih 60 tahun Merokok Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama: Hipertiroidisme / Tirotoksikosis Hipotiroidisme Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah : Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme: Bengkak di leher Cirit birit Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar Gementar dan gelisah, ter

Kanser Hidung

Image
Apa itu kanser pangkal hidung Kanser pangkal hidung adalah kanser yang terletak jauh dibelakang rongga hidung. Kanser ini adalah antara kanser yang sepuluh tertinggi dikalangan rakyat malaysia selain dari kanser payu dara, kanser pangkal rahim dan kanser usus. Mengikut statistik kaum Cina adalah kaum yang paling ramai mengalaminya diikuti kaum Melayu. Manakala kaum India jarang-jarang ditemui mengalami penyakit ini. Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini? Faktor penyebab penyakit ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah faktor keturunan, jangkitan virus EBV (Epstein Bar Virus), pengambilan makanan yang diawet dengan kerap seperti ikan masin dll. Tanda–tanda penyakit Pesakit yang mengalami masalah ini biasanya terdapat beberapa tanda. Antaranya adalah hidung tersumbat, perdarahan hidung atau kesan darah pada air liur di waktu pagi, kurang pendengaran pada sebelah telinga, telinga berdesing, terdapat bengkak yang tidak sakit pada leher dan penglihatan kabur ata

Gout

Image
Penyakit Gout Tanda, Rawatan Dan Cara Pencegahannya... Ini adalah satu lagi jenis penyakit yang amat membimbangkan kita... kalau dah dia hinggap tu memang susah lah nak sembuh... Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Tanda2 Gout 1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. 2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. 3.Serangan sela

Kanser Prostat

Image
Kanser Prostat Menurut Institut Kanser Kebangsaan,kanser prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula. Kanser prostat biasanya akan dihidapi oleh lelaki yang berusia 65 tahun ke atas. Menurut Institut Kanser Kenagsaan,di Amerika Syarikat sahaja,dijangkakan akan ada sekitar 192.280 kes baru kanser prostat pada tahun 2009.Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)pula,kanser prostat adalah kanser yang kelima paling kerap menyerang lelaki di seluruh dunia. Prostat adalah kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak di bawah pundi kencing dan di depan rektum.Saiznya adalah seukuran dengan kelenjar tiroid yang tertutup oleh lapisan luar tisu.Ia juga dikelilingi bahagian pertama dari urethra,iaitu saluran tempat air kecing dikeluarkan dari tubuh. Kelenjar prostat biasanya akan membesar sebagaima

Kanser Ovari

Image
Kanser Ovari Pengenalan Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40-an ke atas dan memuncak di kalangan umur 55 ke 60 tahun. Kebanyakan kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).Kanser ovari lambat dapat dikesan kerana kedudukan organ itu yang letaknya jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim). Ini menjadikan proses saringan (screening) tidak dapat dilakukan. Kanser ovari cenderung berlaku kepada wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang menghidapi kanser tersebut. Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos serta wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan). Selain daripada itu wanita yang hamil pada usia

Kanser Payu Dara

Image
Apa Itu Kanser Payudara? Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus. Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. Tahap Kanser Payudara Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis

5 Jenis Makanan Penyebab Kanser Payudara

Image
Pada dekad pertama abad ke-21, para penyelidik mendapati adanya hubungan antara jenis makanan dengan kanser payudara. Jenis makanan / minuman tertentu seperti daging, lemak, alkohol, kafein, dan produk soya disebut-sebut sebagai jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser payudara. Sesetengah pakar sepakat bahawa kanser payudara seperti juga jenis kanser yang lain disebabkan oleh faktor gaya hidup yang tidak sihat, termasuk di dalamnya adalah mengambil makanan-makanan yang sukar dicerna tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak biasa. Tapi walaupun demikian, para penyelidik juga menyatakan bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara. Oleh karenanya para wanita disyorkan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan mengelakkan atau mengurangkan mengambil makanan-makanan yang boleh mencetuskan kanser payudara. Berikut ini beberapa jenis makanan penyebab kanser payudara sebagaimana dikutip dari American Cancer Society. Ara

AWAS! 10 tanda awal kanser payudara…

Image
Kanser  atau  barah  adalah nama penyakit bagi salah satu  tumor  ganas yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita dan ia sukar diramalkan. Banyak faktor yang mempengaruhi dan terdapat banyak jenis. Dikatakan sampai kini kanser masih menduduki peringkat pertama dalam kes kematian di dunia. Salah satu jenis kanser adalah kanser payudara. Penderita penyakit ini terus bertambah saban tahun namun, hanya segelintir sahaja yang mengetahui gejala kanser payudara ini. Oleh kerana cetek dalam ilmu pengetahuan dan tidak prihatin dengan perubahan diri menyebabkan penyakit ini sukar dicegah dan ditangani. Atas kerana pada umumnya gejala-gejala kanser tersebut didapati dari beberapa kes kecil yang seringkali dirasakan tidak penting dan tidak berbahaya. Namun pada hakikatnya, pengenalan terhadap gejala-gejala awal kanser payudara dapat menangani kes ini secara maksima sebelum kanser merebak dan menjadi semakin serius. Ada beberapa tanda-tanda atau gejala

Kanser Otak

Image
Apakah penyebab barah otak? Sehingga kini penyebab kanser otak masih belum ditemui namun pengkaji masih mencari jawapan kepada masalah ini. Antara faktor utama ditemui adalah genetik, keturunan, persekitaran dan bahan kimia. Apakah faktor yang boleh meningkatkan risiko barah otak? Tidak terdapat faktor risiko yang jelas di kalangan pesakit yang menghidap barah otak. Kajian dijalankan mendapati sesetengah jenis barah otak lebih kerap berlaku kepada pekerja kilang penapis minyak, industri pembuatan bahan getah dan dadah selain ahli kimia. Bagaimana insiden penyakit ini? Barah otak boleh berlaku pada semua lapisan umur, namun kajian menunjukkan terdapat dua kumpulan umur lebih biasa mengalaminya iaitu kanak-kanak (tiga hingga 12 tahun) serta golongan dewasa (40 hingga 70 tahun). Apakah gejala barah otak? Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari. Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah Pandangan kabur Sering lupa Epilepsi (sawan